Sabtu, 11 Oktober 2014

5:00:00 PM
Ballon d'Or adalah penghargaan yang diberikan FIFA kepada pemain terbaik di kancah bola sepak Eropah. Setiap tahunnya, perebutan gelar Ballon d'Or selalu menarik untuk diikuti. Di tahun ini pun sama, beberapa pemain berusaha keras untuk menyabet penghargaan tersebut. Apabila diurut ke belakang, para pemain yang berjaya mendapat anugerah Ballon d'Or mempunyai track record bermain di level kelab yang cukup mentereng.

Secara tidak langsung, kelab ikut membantu sejumlah pemain untuk merebut gelaran tersebut. Sebut saja Manchester United yang ikut membantu Cristiano Ronaldo kala itu untuk mendapatkan gelar Ballon d'Or. Sang pelatih - Sir Alex Ferguson bertekad bahawa anak asuhnya itu berjaya di level Eropah dengan jalan terus menjadikan lelaki Portugal tersebut sebagai starter agar prestasi beliau terus berkembang.

Berikut adalah 5 Kelab Bola Sepak Peraih Ballon d'Or Paling Banyak Di Dunia:

1 Barcelona - 10
Barcelona menduduki tempat pertama sebagai kelab yang paling banyak mempunyai pemain yang memenangi gelaran Ballon d'Or. Total ada 10 pemain dari pasukan Catalan ini yang mampu merajai Eropah.

Berikut ini adalah senarai pemain Barcelona yang pernah mendapatkan gelar Ballon d'Or:

1960 Luis Suarez
1973 Johan Cruijff
1974 Johan Cruijff
1994 Hristo Stoichkov
1999 Rivaldo
2005 Ronaldinho
2009 Lionel Messi
2010 Lionel Messi
2011 Lionel Messi
2012 Lionel Messi

2 AC Milan - 8
Di kedudukan kedua ada AC Milan yang memang terkenal mempunyai pemain bergaya dan kelas dunia. Sebanyak 8 pemain AC Milan pernah mendapatkan gelar Ballon d'Or kerana memang penampilan mereka cukup bergaya. Konsisten jelas menjadi tolak ukur dan barisan punggawa I Rossoneri mempunyai itu.

Berikut ini adalah sederet pemain yang berkostum AC Milan dan berjaya menjadi Raja Eropah:

1969 Gianni Rivera
1987 Ruud Gullit
1988 Marco van Basten
1989 Marco van Basten
1992 Marco van Basten
1995 George Weah
2004 Andriy Shevchenko
2007 Ricardo Kaka

3 Juventus - 8
Juventus menduduki peringkat ketiga sebagai kelab terbanyak yang pemainnya pernah memenangi Ballon d'Or dengan jumlah 8 pemain. Sama dengan kejayaan yang dimiliki AC Milan. La Vecchia Signora sebenarnya bukan pasukan dengan dana besar yang boleh membeli pemain yang dilabel bintang. Namun justru pasukan kebanggan bandar Turin ini kerap mencetak pemain mudah menjadi luar biasa.

Berikut ini adalah senarai pemenang Ballon d'Or yang berkostum Juventus:

1961 Omar Sivori
1982 Paolo Rossi
1983 Michel Platini
1984 Michel Platini
1985 Michel Platini
1993 Roberto Baggio
1998 Zinedine Zidane
2003 Pavel Nedved

4 Real Madrid - 7
Pasukan kebanggan ibu negara Sepanyol Real Madrid harus bertengger di kedudukan keempat dengan mempunyai 7 pemain yang berjaya memenangi anugerah Ballon d'Or. Cukup ironis memang, sebab Los Blancos adalah pasukan terkenal membeli pemain yang dilabel bintang, namun hanya 7 daripada mereka yang berjaya mendapatkan gelaran pemain terbaik Eropah.

Berikut ini adalah senarai lengkap pemain Real Madrid yang mendapatkan penghargaan Ballon d'Or:

1957 Alfredo Di Stefano
1958 Raymond Kopa
1959 Alfredo Di Stefano
2000 Luis Figo
2002 Ronaldo Luiz
2006 Fabio Cannavaro
2013 Cristiano Ronaldo

5 Bayern Munich - 5
Meski seakan tak pernah terdengar, nyatanya Bayern Munich menduduki kedudukan kelima sebagai kelab yang pemainnya banyak memenangi gelaran Ballon d'Or. Total ada 5 pemain Munich yang berjaya menyabet gelar tersebut. Sayangnya, terkahir Munich mendapatkan kebahagiaan itu adalah pada tahun 1981 apabila Karl-Heinz Rummenigge muncul sebagai pemenang.

Selepas itu, pemain Munich seakan tenggelam tanpa ada yang sangat menonjol di kancah Eropah. Tahun lalu, sebenarnya Munich mempunyai peluang menambah senarai pemenang Ballon d'Or di kelab. Namun sayang Frank Ribery gagal mengalahkan dominasi Cristiano Ronaldo yang ketika itu berjaya menjadi pemenang.

Berikut ini adalah senarai pemain Bayern Munich yang pernah mendapatkan penghargaan Ballon d'Or:

1970 Gerd Muller
1072 Franz Beckenbauer
1976 Franz Beckenbauer
1980 Karl-Heinz Rummenigge
1981 Karl-Heinz Rummenigge

0 komentar:

Posting Komentar