Senin, 17 November 2014

12:33:00 PM
Menjaga kesihatan vagina adalah suatu kemestian bagi setiap wanita. Tidak peduli berapa pun usia anda saat ini. Menjaga kesihatan faraj juga akan membantu mengeratkan hubungan suami isteri yang pada akhirnya akan terus menambah romantisme dalam berkeluarga. Bagaimana cara menjaga kesihatan vagina?

Seperti yang dipetik dari laman Healthmeup, berikut ini cara menjaga kesihatan vagina.

1. Pakai seluar kapas
Pilihlah seluar berbahan kapas, kerana bahan ini cepat kering. Terpenting ialah kerana seluar kapas membolehkan udara masuk dan membantu mencegah jangkitan cendawan kerana keadaan lembap. Jadi, hindarilah memakai pakaian yang diperbuat dari kain seperti renda, sutera atau bahan sintetik.

2. Jangan gunakan sabun
Terkadang, bau faraj boleh sangat kuat dan membuat malu. Tetapi pada keadaan ini, hindarilah membersihkan kawasan kemaluan dengan sabun atau cecair pencuci. Faraj boleh tetap bersih dengan sendirinya, kerana tubuh kita mempunyai sistem untuk itu. Di samping itu, selama masa haid, cucilah dengan air agar kebersihannya tetap baik.

3. Menjaga kebersihan semasa haid anda
Agar faraj tetap sihat, sangat penting untuk mengikuti tip menjaga kebersihan semasa haid. Jangan menggunakan pembalut dengan masa terlalu lama. Darah yang diserap pembalut, dengan tempoh yang lama boleh memunculkan bakteria. Selain itu juga boleh menyebabkan ruam dan kerengsaan.

4. Jauhi untuk menyembur faraj
Saat faraj mengeluarkan bau tak sedap, anda mungkin berfikir untuk menggunakan penyembur wangi-wangian ke faraj agar menjadi harum. Bila hal itu dilakukan, sebenarnya malah merosakkan tahap pH dan menyebabkan iritasi pada faraj dan masalah lain.

5. Pakai pakaian longgar
Mengenakan pakaian ketat seperti seluar skinny biasanya memunculkan keadaan kelembapan, dan boleh menyebabkan jangkitan kulat dan ruam. Kerana itu, sangat penting untuk memakai pakaian yang longgar.

0 komentar:

Posting Komentar